Sunday, April 21, 2019

BAB 8: Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin


Secara umumnya, pengurusan tingkah laku boleh didefinisikan sebagai satu program yang dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti guru dan ibu bapa dalam membentuk tingkah laku dalaman dan luaran yang baik dan berguna kepada masyarakat dan negara. Menurut Dr.Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), beliau mentakrifkan pengurusan tingkah laku sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Dalam hal ini, setiap guru mestilah mempunyai kemahiran dalam menguruskan tingkah laku pelajar semasa di bilik darjah supaya pembelajaran yang sihat dan produktif dapat diwujudkan. Keadaan yang sesuai perlu diwujudkan bagi memastikan para pelajar mendapat suasana yang selesa semasa belajar. Sekiranya mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, hal demikian akan menjejaskan prestasi pelajaran serta keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Berdasarkan tajuk pengurusan tingkah laku pelajar, terdapat tiga tahap salah laku yang biasanya terjadi di sekolah iaitu tahap berat, tahap sederhana dan tahap ringgan.
Tahap berat salah laku di sekolah merujuk kepada sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman di sekolah. Antara salah laku pelajar yang boleh dikelaskan sebagai tahap berat adalah mengedar dadah, memeras ugut, terlibat dengan perkara yang tidak bermoral, pengambilan dadah, membuat kesalahan sederhana lebih daripada tiga kali dan lain-lain. Kebiasaannya tahap kesalahan berat yang dibuat oleh pelajar akan diserahkan kesnya kepada pihak yang bertanggungjawab seperti polis. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan guru daripada melakukan kesalahan peraturan yang menyalahi undang-undang. Dalam hal ini,  pihak polis akan mengurus pelajar yang melakukan kesalahan berat ini dengan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Sebagai contoh, pihak berkuasa boleh meletakkan pelajar yang mengambil dadah ini di pusat pemulihan akhlak untuk memberi kesedaran kepada golongan ini serta menghilangkan ketagihan mereka terhadap dadah. Berkaitan ini tahap berat salah laku pelajar, pihak bersekolah boleh menggantung pelajar atau membuang pelajar daripada melanjutkan pelajaran di sekolah tersebut. Contohnya, pelajar masih mengedar dadah di sekolah setelah diberi amaran lebih tiga kali. Pelajar ini boleh digantung atau dibuang sekolah.
Seterusnya adalah tahap sederhana salah laku pelajar sekolah. Tahap sederhana merujuk kepada kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan ketenteraman sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan kesan negatif. Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku membawa kepada ikutan oleh murid lain dan kemudaratan , keharmonian sistem pendidikan di sekolah. Dalam hal ini, guru disiplin perlu memainkan peranan dalam merancang program untuk menangani masalah salah laku di sekolah. Antara salah laku  sederhana yang biasa dilakukan oleh pelajar disekolah adalah keluar daripada kawasan sekolah, fesyen rambut yang keterlaluan, menconten pada harta benda sekolah dan melakukan masalah ringgan melebih tiga kali. Dalam hal ini, hukuman yang perlu dilakukan kepada pelajar tersebut ialah memberi kaunseling, merotan pelajar dan sekiranya masih mengulang masalah sama, pihak sekolah perlu berbincang dengan ibu bapa mereka tentang salah laku yang dilakukan. Hukuman yang dilakukan oleh guru hendaklah setimpal dengan salah laku yang dilakukan oleh pelajar. Tidak tidak digalakkan menghukum mereka dengan menggunakan kekerasan atau membuat tindakkan di luar jangkaan.
Akhir sekali ialah tahap ringgan salalah laku pelajar. Tahap ringgan salah laku pelajar merujuk kepada kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang dibekalkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Antara salah laku yang dinyatakan dalam peraturan ini adalah seperti membuat bising dalam darjah, berkeliaran (loitering ) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini. Kesalahan yang dilakukan di bawah tahap ringan ini adalah tidak wajar untuk dikenakan tindakan berat malahan guru boleh memberi nasihat atau teguran sahaja. Sekiranya pelajar masih berdegil dan mengulangi setelah tiga kali dan telah diberi amaran tiga kepada pelajar, maka pihak boleh bolehlah mengambilkan tindakkan susulan kesalahan yang dilakukan. Guru-guru boleh mengambil tindakan yang ringan terhadap pelajar tersebut seperti berdiri ketika proses PdPc, duduk di hadapan kelas bersama guru di meja guru. Akan tetapi, guru adalah tidak dibenarkan untuk mempunyai sentuhan kulit dengan pelajar serta tidak dibenarkan untuk merampas hak belajar pelajar dengan menghukumnya berdiri di luar bilik darjah.
Kesimpulannya, tanggungjawab pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar bukan hanya terletak pada bahu seorang pengetua / guru besar sesebuah sekolah semata-mata. Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab semua pihak khususnya guru-guru yang ada di sesebuah sekolah. Pengurusan masalah disiplin juga harus dilaksanakan dengan telus dan amanah oleh pihak sekolah sesuai dengan apa yang terkandung dalam pekeliling ikthisas dan peraturan sekolah. Oleh hal demikian, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan tingkah laku pelajar agar mereka dapat mendapat pendidikan yang berkesan di sekolah.

RUJUKAN
Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995
Anonymous (2018). Topik 9 : Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin. Diperoleh daripada http://ffoliokps.blogspot.com/2018/11/topik-9-pengurusan-tingkah-laku-dan_14.html
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2005. Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

No comments:

Post a Comment