Sunday, April 21, 2019

BAB 10: Pengurusan Pelbagai Budaya


Malaysia telah dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai berbilang bangsa oleh semua segara di bumi ini. Dengan adanya kepelbagaian bangsa ini maka wujud lah kepelbagaian budaya dalam sesebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, India yang merupakan kaum majoroti di Malaysia. Namun di dalam konteks pendidikan, kepelbagaian budaya tidak hanya dilihat dari segi ras, etnik dan adat budaya sahaja bah kan ia juga telah merangkumi skop yang lebih meluas seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, keseniaan, tatasusila, undang-undang, adat resam dan juga lain-lain. Kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah boleh dilihat dari aspek pelajar rajin dan pelajar malas, bijak dan kurang bijak, memberi perhatian dan tidak memberi perhatian serta pelbagai contoh yang lain. Dalam hal ini, Pengurusan pelbagai budaya merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri dari pada pelajar pelbagai budaya. Pengurusan pelbagai budaya adalah penting dalam menguruskan sekolah kerana pengurusan pelbagai budaya mampu memberi implakasi kepada semua warga di dalam sekolah, termasuklah guru-guru dan pelajar. Di dalam sesebuah sekolah akan wujud pelbagai budaya yang dipraktikan oleh pelajar yang mampu mempengaruhi suasana pembelajaran mereka. Dalam hal ini, terdapat beberapa elemen yang penting untuk seseorang guru ketahui dalam usaha pengurusan pelbagai budaya dalam kelas.
Antara elemen yang penting yang perlu diketahui ialah pendekatan atau kaedah mengajar pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia memang berbeza antara satu sama lain. Hal ini telah dibuktikan dalam Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan bahawa pelajar sememang yang terdiri daripada pelbagai budaya yang berlainan. Namun, masih terdapat sebilangan guru yang masih mengajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesedian, motivasi dan jangkaan yang sama. Tetapi pada hakikatnya pelajar mempunyai cara yang tersendiri untuk menerima pembelajaran yang dipelajari. Oleh hal ini, pelajar memerlukan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza. Sebagai contoh guru sejarah perlu menggunakan bahan grafik, objek, video, berbentangan dan lain-lain bagi menarik minat pelajar untuk mengetahui secara mendalam berkaitan tajuk yang dipelajari. Ada sebilangan belajar lain memerlukan bimbingan secara terus oleh guru dan ada juga sebahagian belajar yang dapat belajar dengan berkesan secara penglibatan. Oleh hal ini, guru perlulah menguasai pelbagai teknik dan kaedah yang sesuai untuk digunakan semasa proses PdPc dalam bilik darjah. Guru perlulah membuat persediaan yang rapi sebelum masuk ke bilik darjah untuk mengajar.
Seterusnya, elemen lain yang penting bawah pengurusan pelbagai budaya ialah guru perlu mengetahui cara bagi mengubah suasana pembelajaran dan strategik  pengajaran untuk menangani kepelbagaian antara pelajar. Dalam hal ini, terdapat dua pendekatan bagi menakrifkan perbezaan antara pelajar iaitu pendekatan pelajar sebagai individu dan pendekatan kurikulum. Pendekatan pelajar sebagai individu digunakan adalah untuk membezakan pelajar berdasarkan ciri-ciri individu yang terdapat pada seseorang. Contohnya, pelajar telah dikenal pasti sebagai pelajar istimewa atau khas yang mana perlu mendapatkan pendidikan istimewa yang lain daripada biasa. Contoh seterusnya ialah pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran, pelajar ini perlu buat kelas pemulihan secara berasing bagi mengelakkan pelajar ini ketinggalan dalam bilik darjah. Rumusan Pendekatan ini ialah mempunyai andaian asas bahawa kesukaran pendidikan terletak dalam diri pelajar. Oleh itu, tumpuan perlu diberikan bagi mengubah andaian tersebut. Seterusnya adalah pendekatan kokurikulum yang bertujuan untuk memahami masalah yang di dialami oleh pelajar dalam proses persekolahan mereka. Dalam hal ini, menurut andaian pendekatan ini ialah kesukaran belajar boleh berlaku kepada mana-mana pelajar. Contohnya seorang pelajar yang biasanya menunjukkan kejayaan boleh merasa bosan dengan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Dalam hal ini, guru haruslah memberi perhatian kepada semua pelajar bagi memastikan pelajar tidak bosan dengan kerja yang diberikan. Kesemua pendekatan ini menunjukkan seorang  guru boleh membantu pelajar dalam apa jua sekali pun.
Akhir sekali, tujuan dan strategik pembezaan merupakan elemen penting yang perlu diketahui oleh guru di bawah pengurusan pelbagai budaya di sekolah. Tujuan pembezaan ini perlu dilaksanakan adalah untuk mengalakkan kejayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar dengan cara membolehkan pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza untuk membuktikan apa yang mereka tahu, faham, dan apa yang boleh mereka lakukan. Proses ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk diberikan tugas-tugas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka. Terdapat beberapa jenis perbezaan dalam kaedah mengajar di bilik darjah dan jenis pembezaan adalah tidak terhad. Antara jenis perbezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum ialah isi kandungan pembelajaran. pembezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan isi kandungan yang membolehkan pelajar dapat memahami secara mendalam. Isi kandungan ini boleh dilakukan mencerminkan minat belajar supaya mereka telah seronok dan tidak bosan ketika belajar. Seterusnya perbezaan stail pelajaran juga boleh digunakan supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan semasa proses PdPc berjalan. Terdapat lagi beberapa jenis yang boleh digunakan seperti kadar, masa guru, struktur dan lain-lain. Kesemua jenis perbezaan ini dibentuk adalah untuk memastikan semua pelajar tidak terasa disingkirkan walaupun datangnya daripada pelbagai latar belakang budaya.
Kesimpulannya, guru merupakan aset yang paling penting dalam mencorakkan pembentukan pelajar yang pelbagai budaya. Oleh hal demikian, seseorang guru itu haruslah belajar secara mendalam dan perlu menguasai pelbagai kaedah, teknik , pendekatan bagi menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang daripada pelbagai sudut dan aspek.

RUJUKAN
Janenettykarek.(2016). Kepelbagaian Budaya Di Sekolah. SCRIBD. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/doc/312148547/Kepelbagaian-budaya-di-sekolah
Azurah Razak (2013). Pengurusan Penasihatan Murid. SlideShare. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/AzurahRazak/pengurusan-penasihatan-murid-18242709
Siti Naqliyah (2018). Pengurusan Pelbagai Budaya. Blog. Diperolehi daripada http://sitinaqliyah.blogspot.com/2018/11/tajuk-11-pengurusan-pelbagai-budaya.html

No comments:

Post a Comment