Pengurusan dan pembelajaran merupakan satu tajuk yang sangat penting supaya kita dapat menguruskan perjalanan hidup kita untuk menambah ilmu pengetahuan secara cekap dan berkesan. Menurut Ahmad Mazdzan (2004), pengurusan didefinisikan sebagai aktivti yang teratur ( sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnta sudah dikenal pasti. Manakala menurut Sloner (1989), pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Dalam hal ini, pengurusan boleh dikatakan sebagai suatu proses mendapatkan penyetaan kerjasama dan camputangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah, dan mengawal.
Pembelajaran pula bermaksud proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran boleh diukur melalui stimuli-tindak balas, menghasilkanperubahan tingkah laku seseorang. Pembelajaran juga diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku manusia. Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012). Dibawa tajuk ini, terdapat beberapa isi penting yang perlu diketahui.
Antara isi penting di bawah tajuk pengurusan dan pembelajaran adalah konsep dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar. Terdapat empat konsep pengurusan dan pembelajaran iaitu mengawal, merancang, mengelola dan mengarah. Keempat-empat konsep ini penting untuk seseorang guru menguasainya agar dapat mengawal dan menguruskan pelajar dalam kelas. Elemen yang pertama adalah mengawal. Seseorang guru perlu mengawal peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti berkumpulan, mengawal murid yang mengalami masalah peribadi dan mengawal suasana bilik darjah. Hal ini bertujuan untuk memastikan bilik darjah pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik. Contohnya, Guru perlu memastikan pelajar sentiasa mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan. Selain itu, elemen kedua adalah merancang. Setiap guru perlu merancang terlebih dahulu sebelum masuk bilik darjah untuk mengajar. Hal ini untuk mengelakkan pembaziran masa daripada melakukan aktiviti yang tiada faedah. Sebagai contoh, seseorang guru perlu merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran, merancang pemeringkatan isi pelajaran, merancang strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti berkumpulan dan sebagainya. Seterusnya adalah mengelola bilik darjah. Setiap guru perlu kreatif dalam menguruskan bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, mengurus aktiviti murid, mengurus bahan-bahan pelajaran dan menguruskan aktivtiti kumpulan. Hal ini adalah untuk memastikan proses PdPc bilik darjah dapat dijalankan seperti yang dirancangkan. Akhir sekali adalah mengarah. Setiap guru mempunyai autoriti dalam memberi arahan kepada pelajar agar mereka dapat pembelajaran yang berkesan. Contohnya, guru perlu mengarah murid menjawab soalan, mengarah murid mendengar membaca,mengira dan menulis, mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing dan mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah.
Selain daripada keempat-empat konsep pengurusan dan pembelajaran, prinsip pengajar juga penting di bawah tajuk pengurusan dan pembelajaran pelajar. Terdapat beberapa prinsip pengajaran antaranya adalah merancang, kepelbagaian teknik dan penglibatan pelajar. Prinsip yang pertama adalah merancang. Guru perlu merancang terlebih dahulu mengikut fasa dan turutan yang betul agar pelajar dapat memahami dari satu tajuk ke satu tajuk yang lain. Setiap guru perlu menyediakan aktiviti ringkas bagi menarik minat pelajar di dalam bilik darjah. Hal ini penting supaya guru tidak menggunakan masa mengajar untuk aktiviti yang lain. Selain itu, prinsip yang kedua adalah kepelbagaian teknik. Guru perlulah kreatif dalam memikirkan teknik yang terbaik untuk mengajar supaya dapat mengekalkan tumpuan pelajar dalam kelas. Guru perlulah mengambil kira pelbagai faktor terutamanya faktor masa, jumlah pelajar, bahan dan lain-lain. Hal ini bertujuan untuk menarik perhatian pelajar agar sentiasa fokus terhadap pelajaran yang diajar. Prinsip Selanjutnya adalah penglibatan pelajar yang mana guru perlu menggalakan interaksi dua hala antara guru dan pelajar agar pembelajaran dan pengajaran dalam kelas lebih aktif dan berkesan. Guru perlu melibatkan kesemua pelajar untuk berinteksi agar hubungan pelajar dengan guru lebih erat dan mesra dalam proses pdpc dalam kelas. Hal ini dapat mengelakkan pelajar yang lemah daripada disisihkan dan dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam memberi pandangan mereka sendiri. Contohnya, guru memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya, beri pandangan, melakun, berhujah dan lain-lain.
Seterusnya, prinsip pembelajaran juga penting di bawah tajuk pengurusan dan pembelajaran pelajar. Prinsip pembelajaran yang pertama adalah latihan. Latihan ini diperlukan oleh pelajar untuk mendapatkan atau mengaplikasikan apa yang dipelajari dan digunakan untuk mengukuhkan lagi pengetahuan yang diterima dari guru. selain itu, prinsip yang seterusnya adalah kondusif. Ia merujuk kepada suasana pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi dan rohani. Guru perlu menyediakan tempat belajar yang bersesuaian untuk menjadikan suasana belajar sentiada ceria dan tentang. Contohnya, guru sains membawa pelajar ke makmal sains agar mereka dapat belajar dengan selesa. Selanjutnya adalah bermatlamat. Proses pembelajaran yang bermatlamat akan memudahkan pelajar mengikut secara teratur dan sistematik dari senang ke susah. Oleh itu, guru perlu memberi penerangan terlebih dahulu kepada pelajar agar mereka lebih bersedia dan memahami apa yang akan diajar. Contohnya, guru perlu tuliskan objektif pembelajaran di papan putih supaya pelajar dapat memahami secara keseluruhan. Selain itu, prinsip seterunya adalah penghibatan aktif oleh pelajar. Pelajar perlu terlibat secara aktif dalam proses PdPs supaya pengajaran lebih aktif dan ceria. Contohnya, pelajar perlu menyediakan soalan kepada guru untuk ditanya tentang tajuk yang dipelajari. Prinsip yang terakhir ialah unsur dorongan. Unsur dorongan perlu diamalkan oleh guru supaya pelajar lebih minat dan tidak terasa hati semasa belajar. Suasana pembelajaran yang berbentuk dorongan dan meyakinkan pelajar akan mewujudkan suasana yang menarik dan selesa untuk belajar. Oleh itu, guru perlu mengelakkan penggunaan bahasa yang kurang sopan dan banyakkan pujian, sokongan dan penghargaan daripada guru.
Kesimpulannya, Setiap guru berfungsi sebagai pengurus dalam hal ehwal yang berlaku di dalam bilik darjah. Guru perlu memastikan PdPc berjalan dengan lancar di dalam kelas dan menetapkan peraturan untuk mengawal keadaan pelajar. Bilik darjah merupakan suatu ruang yang penting untuk menjayakan proses pembelajaran dan menarik minat pelajar untuk menambah ilmu. Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal tingkah laku pelajardan bukan sekadar bertugas sebagai penyampai ilmu
RUJUKAN
Ahmad Mahdzan Ayob.(2004). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Ed. ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Stoner (1989). Management organizations human resources. Longman Higher education division.
Fathmalyn Abdullah, kajian Pengurusan dan pembelajaran pelajar. Diperoleh daripada https://missugliest.blogspot.com /p/bab-3.html
No comments:
Post a Comment