Interaksi merupakan kemahiran yang sangat penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Interaksi boleh ditakrifkan sebagai suatu tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain atau tindak balas antara dua atau beberapa pihak. Dalam erti kata lain interaksi merupakan suatu proses berkomunikasi semuka dengan individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran. Menurut kamus ‘A English Dictionary’, interaksi bermaksud proses saling bertindak serta saling mempengaruhi antara satu sama lain. Di bawah konsep pendidikan, interaksi dalam bilik darjah boleh dilihat daripada dua sudut yang berbeza iaitu interaksi antara individu dan interaksi diantara individu dengan alam sekitar. Manakala maksud pembelajaran pula adalah kaedah memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan. Menurut Anita E. Woolfolk (1995), Pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal.
Dalam kehidupan manusia, pembelajaran merupakan satu elemen yang sangat penting bagi memastikan seseorang individu itu menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Hal ini kerana, pembelajaran akan membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Secara umumnya, interaksi dalam pembelajaran dapat dikatakan sebagai suatu bentuk komunikasi yang berlaku semasa proses belajar yang terdiri daripada institusi, sekolah, universiti dan lain-lain.
Terdapat beberapa isi penting yang perlu dipelajari dan ditahui dalam tajuk interaksi dan pembelajaran. Antaranya ialah guru sebagai model. Dalam hal ini, David Hargreaves telah mencadangkan konsep diri yang perlu ada pada seseorang guru iaitu guru penjinak singa, guru penghibur dan guru romantik. konsep guru penjinak singa diwujudkan apabila guru mengajar pelajar yang nakal yang tidak berminat untuk belajar. Dalam hal ini, guru terpaksa menggunakan beberapa kaedah bagi memaksa pelajar untuk menerima apa yang mereka pelajar. Contohnya, dispilin yang ketat dan ujian perlu dilakukan secara harian. Seterusnya, konsep guru penghibur adalah guru mengajar pelajar yang kurang minat belajar. Konsep ini menekankan guru perlu menggunakan alat bantuan untuk mengajar agar dapat menarik minat pelajar. Akhir sekali adalah guru romantik. konsep ini adalah untuk mengekal murid supaya sentiasa berfikiran positf terhadap guru. Dalam hal ini, guru mengajar pelajar yang minat untuk belajar yang mempunyai hubungan baik dengan guru.
Seterusnya, isi yang penting juga dalam tajuk ini adalah jenis-jenis interaksi dalam bilik darjah. Interaksi di bilik darjah boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu secara lisan atau bukan lisan. Interaksi selalunya akan wujud apabila mempunyai tindak balas antara satu dengan yang lain atau mempunyai sekurang-kurangnya dua orang. Sebagai contoh guru dan pelajar, pelajar dengan beberapa kumpulan pelajar yang lain. Pembelajaran yang lebih sistematik dan berkesan adalah berpunca daripada kemahiran seorang guru menggunakan pelbagai jenis interaksi dalam kelas. Dalam hal ini, guru perlu menggalakan semua pelajar untuk berinteraksi dalam kelas bagi memastikan mereka lebih faham akan apa yang mereka pelajari. Interaksi yang aktif akan melatih pelajar akan lebih berani untuk menghurai fakta-fakta berkaitan pembelajaran. Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah, antaranya adalah interaksi sehala, interaksi dua hala dua dan interaksi kumpulan.
Interaksi yang pertama ialah interaksi sehala yang melibatkan guru dan pelajar. Interaksi sehala merupakan satu kaedah, pendekatan atau teknik yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar di dalam bilik darjah. Interaksi sehala selalunya ditentukan oleh guru semasa dalam kelas yang tidak ada berlaku komunikasi antara pelajar dan pelajar dan pelajar dan guru. Jika seorang guru menggunakan interaksi jenis ini, sudah tentu pelajar tidak akan terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Interaksi ini biasanya digunakan kepada pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lemah. Sebagai contoh, guru memberi arah kepada pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah tanpa sebarang alasan.
Seterusnya adalah interaksi dua hala. Interaksi ini akan melibatkan interaksi guru dan pelajar atau pelajar dan pelajar. Kaedah pembelajaran dalam bilik darjah akan berlaku secara aktif dan berkesan apabila guru menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka. Melalui interaksi dua hala yang diamalkan oleh guru dalam bilik darjah akan mewujudkan satu hubungan yang erat diantara guru akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, guru dan pelajar perlulah menggunakan kemahiran interaksi dua hala ini bagi memastikan isi pelajaran dapat disampaikan dengan lancar dan pelajar-pelajarnya menerima dengan jelas serta membuat interpretasi yang tepat mengenai maksud yang terkandung dalam mesej.
Selanjutnya adalah interaksi kumpulan. Interaksi ini adalah interaksi yang melibatkan beberapa kolompok kumpulan pelajar yang telah dibentuk oleh guru untuk berbincang tentang tajuk yang dipelajari. Tugas guru sini adalah bukan untuk mengajar semata-mata malahan sebagai pemudah cara untuk semua pelajar dalam sesi pembelajar. Interaksi ini akan leboh berkesan kerana pelajar dapat berbincang antara mereka untuk mengeluarkan pendapat yang terbaik dalam karangan mereka. Kebiasaanya interaksi ini digunakan untuk pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi kerana ianya memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang luas. Sebagai contoh, cikgu memberi tanggungjawab kepada pelajar untuk membentangkan beberapa tajuk dan diagihkan kepada beberapa kumpulan. Jadi mereka akan bekerjasama untuk berbincang antara satu sama lain tentang tajuk yang diberi dan setiap kumpulan akan bentangkan. Dalam hal ini, berlaku sesi soal jawap antara kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan.
Selain daripada tiga interaksi yang dinyatakan di atas, interaksi berkesan juga merupakan antara salah satu interaksi yang penting dalam tajuk ini. Interaksi ini berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima maka berlakulah konflik antara keduanya. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan oleh guru untuk mewujudkan interaksi berkesan. Antaranya, amalkan amalan kepimpinan demokratik, bersikap positif dan percaya kepada pelajar, bersifat ramah dan mesra, hormat pada pandangan dan pendapat pelajar, menggalakkan pelajar untuk memberikan idea dan gunakan nama pelajar ketika berinteraksi.
Kesimpulannya, interaksi dalam bilik darjah merupakan satu elemen yang sangat penting untuk seseorang guru menguasainya. Hal ini kerana, interaksi yang berkesan dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih efektif. Kesemua kemahiran ini perlu diterapkan kepada semua warga yang bergelar pendidik agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab mereka sejajar dengan rancangan pengajarannya mengikut objektif pelajar yang telah ditentukan. pembelajaran yang berkesan akan memberi kesan yang positif terhadap negara. Oleh itu semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan semua kemahiran dan teknik mengajar seorang guru berkesan dan sekali gus dapat meningkat tahap pendidikan di negara kita.
RUJUKAN
Anita Woolfolk. (1995). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey :Prentice-Hall, Inc.
Buku Amir Hasan Dawi. (2006). Pentorian sosiologi dan pendidikan (Edisi ketiga). Tanjong Malim, Malaysia: Quantum books.
Muhamad suhaimi (2012). Pengurusan Bilik Darjah yang Berkesan. Diperolehi pada Oktober14,2015 daripada http://eprints.ums.edu.my/4441/1/nc0000001734.pd
No comments:
Post a Comment